Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for publishing professionals · Monday, October 14, 2024 · 751,526,217 Articles · 3+ Million Readers

EBC Financial Group Meningkatkan Kecairan dan Merendahkan Kos Perdagangan pada Indeks Saham Utama

/EIN News/ -- LONDON, Oct. 14, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Dalam kebangkitan semula pasaran saham global, EBC Financial Group (EBC) sedang meningkatkan kecairan untuk lima indeks saham utama, termasuklah Dow Jones, Nasdaq, S&P 500 A.S., A50 (China) dan Indeks Hang Seng (Hong Kong). Langkah strategik ini bertujuan untuk memberi pelabur perdagangan yang lebih optimum dan berkesan merentasi semua sesi global dengan mengurangkan kos perdagangan dan menawarkan akses yang lebih besar. Pasaran saham dunia sedang mengalami perubahan besar, dengan banyak wang yang mengalir masuk dan syarikat disenaraikan semula (ledakan IPO). Ini menyebabkan pasaran saham di seluruh dunia menaik.

Tatkala penilaian pasaran meningkat dan aliran modal bertambah di seluruh dunia, peningkatan sebegini membolehkan pelabur memanfaatkan peluang penting yang muncul dalam detik penting ini bagi pasaran kewangan. EBC, sebuah broker kewangan dunia, ada untuk membantu pelabur memanfaatkan peluang ini sepenuhnya. Mereka berbuat demikian dengan menggunakan teknologi canggih untuk menawarkan akses kos rendah dan berkualiti tinggi ke pasaran yang dikendalikan oleh pemain kewangan utama (bank, institusi). Secara ringkasnya, EBC membantu pelabur mendapatkan tawaran yang lebih baik dan mengakses pasaran besar pada kos rendah.

Kehadiran global EBC Financial Group menjadikan syarikat ini sebagai peneraju dalam peningkatan kecairan dan akses pasaran, menawarkan pelabur penyelesaian perdagangan yang kos rendah dan berkesan.

Kecairan Mengukuhkan Indeks Utama di Tengah-tengah Pemulihan Global
Penentukuran pasaran saham dunia yang masih berlangsung didorong oleh beberapa faktor yang saling berkaitan: modal baharu memasuki sistem, kebangkitan semula aktiviti IPO dan beberapa pembetulan pasaran yang menyelaraskan semula penilaian. Pasaran memuncul yang dahulunya dianggap berisiko tinggi disebabkan kemudahubahan, kini mendapat kelebihan daripada perubahan peraturan baharu yang merangsang pulangan pelabur, terutamanya dalam pembayaran dividen.

David Barrett, Ketua Pegawai Eksekutif EBC Financial Group (UK) Ltd, menawarkan ramalan awal pada bulan Jun bahawa pasaran kurang nilai akan melonjak semula. “Pengembalian nilai ialah daya yang hebat,” kata Barrett ketika itu, sambil menegaskan bahawa pasaran yang di bawah tekanan kini sedia untuk menerima pulangan modal. Dia juga menyatakan bahawa pasaran memuncul, yang dikukuhkan dengan peraturan dividen baharu, sedang meningkatkan daya tarikannya kepada pelabur dunia.

Beberapa bulan yang lalu telah mengesahkan ramalan ini. Sejak awal tahun 2024:

  • Ketiga-tiga indeks saham utama A.S. (Dow Jones, Nasdaq dan S&P 500) telah mencecah yang tertinggi sejak awal tahun 2024, didorong oleh pelaburan baharu dan keyakinan pelabur yang semakin tinggi.
  • Pasaran Asia, terutamanya di China dan Hong Kong, sedang mengalami perolehan yang paling besar dalam sedekad, menjadikannya sebagai pusat kepada pertumbuhan global.

Sebab Pentingnya Peningkatan Kecairan EBC
Peningkatan kecairan EBC datang tepat pada masanya. Tatkala pelabur dunia sedang mencari aset kurang nilai, EBC telah mengukuhkan kebolehannya untuk menawarkan kos perdagangan paling rendah untuk lima indeks saham utama, lantas menawarkan pedagang kelebihan yang unik dalam pasaran.

  • Spread yang lebih ketat:
    1. Indeks Dow Jones (U30USD): Spread dikurangkan kepada 1.00, mencerminkan pengurangan sehingga 70%.
    2. Indeks S&P 500 (SPXUSD): Spread dikurangkan kepada 0.31, dengan pengurangan mencecah 64%.
    3. Indeks Nasdaq (NASUSD): Spread dikurangkan kepada 0.70, dengan pengurangan setinggi 85%, peningkatan yang paling ketara.
    4. Indeks Hang Seng (HSIHKD): Spread dikurangkan kepada 6.50, mencapai pengurangan sehingga 55%.
    5. Indeks A50 China (CNIUSD): Spread dikurangkan kepada 6.00, menandakan pengurangan sebanyak 14%.
  • Akses yang lebih meluas: Sama ada anda berdagang dalam pasaran Asia, Eropah atau A.S., EBC memastikan anda akan mendapat manfaat daripada peningkatan yang menjimatkan kos ini, tanpa mengira zon masa.

Peranan EBC dalam melaksanakan pengurangan ini meletakkannya dalam kalangan institusi yang berusaha secara aktif untuk memperkemaskan akses pasaran untuk lingkungan pelabur yang pelbagai.

Peranan IPO dan Aliran Modal Global
Modal global bukan sekadar mengalir dalam aset tradisional. Gelombang baharu tawaran awam awal (IPO) membentuk semula landskap pelaburan, menawarkan peluang baharu untuk pertumbuhan dalam sektor yang bermula daripada teknologi kewangan sehinggalah tenaga boleh diperbaharui. Walaupun berpusat di rantau utama, namun IPO ini menarik perhatian seluruh dunia, menarik modal daripada pelabur yang bersemangat untuk memanfaatkan trend baharu dan memuncul.

“Jangkaan pasaran untuk potongan kadar faedah telah mengubah landskap,” ujar Barrett, sambil menambah bahawa kebangkitan IPO teknologi kewangan terutamanya, tidak menunjukkan tanda-tanda perlahan. Apabila ekonomi dunia beralih kepada fasa baharu dasar kewangan - dengan bank pusat yang mengisyaratkan kadar faedah yang lebih rendah - kini pelabur yakin akan pertumbuhan yang mampan dalam sektor inovatif ini.

Dengan ini, peningkatan kecairan dalam indeks utama seperti Nasdaq dan Hang Seng bukan sekadar langkah reaktif - ia merupakan langkah strategik oleh institusi seperti EBC untuk bersiap sedia menghadapi gelombang aktiviti pasaran yang seterusnya. Tatkala lebih banyak modal bergerak merentasi sempadan, kecairan menjadi penting untuk perdagangan yang cekap dan kos rendah. Spread yang berkurangan dan akses pasaran yang meningkat menjadikan indeks ini lebih menarik kepada institusi dan pelabur individu.

Perkembangan ini muncul pada masa apabila pasaran memuncul semakin dilihat sebagai tonggak utama pertumbuhan dunia, terutamanya apabila ekonomi maju bergelut dengan tekanan inflasi dan pemulihan ekonomi yang perlahan. Kemasukan kecairan dengan banyaknya dalam indeks utama mencerminkan keyakinan yang lebih meluas dalam ketahanan pasaran dunia dan janji pulangan yang berterusan dalam bulan-bulan yang akan datang.

Langkah Pelabur yang Seterusnya: Mengemudi Anjakan
Tatkala modal global mencari pertumbuhan, kecairan menjadi lebih daripada sekadar ciri teknikal - kecairan menjadi aset penting di dunia apabila masa dan akses kepada pasaran adalah penting. Tempoh aktiviti yang kian rancak ini boleh menentukan fasa kewangan dunia yang seterusnya dengan baik, tempoh yang mana ketangkasan, kesedaran pasaran dan akses kepada kecairan akan menentukan orang yang untung dan yang rugi.

Peningkatan kecairan EBC Financial Group di serata indeks utama adalah selaras dengan trend pasaran yang lebih meluas dan memberi pelabur alatan yang diperlukan untuk mengemudi perubahan ini dengan cekap. Dengan merendahkan kos dan memastikan kestabilan dalam pasaran utama, EBC meletakkan asas untuk pelabur merebut peluang dalam pasaran global hari esok.

Pelabur, terutamanya yang tertumpu kepada kenaikan kekayaan jangka panjang, lebih baik untuk mereka terus berwaspada. Peningkatan kecairan yang kita lihat hari ini menjadi asas kepada peluang pasaran akan datang. Sesiapa yang memahami anjakan ini dan bertindak sewajarnya akan melihat diri mereka pada kedudukan yang baik dalam landskap kewangan dunia yang berkembang pesat ini.

Perihal EBC Financial Group
Ditubuhkan di daerah kewangan terhormat di London, EBC Financial Group (EBC) terkenal dengan rangkaian perkhidmatannya yang komprehensif yang merangkumi pembrokeran kewangan, pengurusan aset dan penyelesaian pelaburan yang komprehensif. EBC dengan cepat telah mengukuhkan kedudukannya sebagai firma pembrokeran global, dengan kehadiran yang meluas di hab kewangan utama seperti London, Hong Kong, Tokyo, Singapura, Sydney, Kepulauan Cayman dan merentasi pasaran baharu yang muncul di Amerika Latin, Asia Tenggara, Afrika dan India. EBC melayani pelbagai pelanggan daripada pelabur runcit, profesional dan institusi di seluruh dunia.

Diiktiraf melalui pelbagai anugerah, EBC berbangga dengan pematuhan tahap tertinggi bagi standard etika dan peraturan antarabangsa. Anak syarikat EBC Financial Group dikawal selia dan dilesenkan dalam bidang kuasa tempatan mereka. EBC Financial Group (UK) Limited dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Kelakuan Kewangan (FCA) UK, EBC Financial Group (Cayman) Limited dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Monetari Kepulauan Cayman (CIMA), EBC Financial Group (Australia) Pty Ltd dan EBC Asset Management Pty Ltd dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC).

Teras EBC Group ialah profesional berpengetahuan dengan lebih 30 tahun pengalaman yang mendalam dalam institusi kewangan utama yang pernah mengharungi kitaran ekonomi penting dengan cekap iaitu daripada Plaza Accord hingga krisis franc Swiss 2015. EBC memperjuangkan budaya yang mementingkan integriti, rasa hormat dan keselamatan aset pelanggan, memastikan setiap penglibatan pelabur dilayan dengan kesungguhan yang sewajarnya.

EBC ialah Rakan Kongsi Pertukaran Asing Rasmi FC Barcelona, menawarkan perkhidmatan khusus di rantau seperti Asia, LATAM, Timur Tengah, Afrika dan Oceania. EBC juga merupakan rakan kongsi United to Beat Malaria, sebuah kempen Yayasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertujuan untuk meningkatkan hasil kesihatan global. Bermula Februari 2024, EBC menyokong siri penglibatan awam 'What Economists Really Do' oleh Jabatan Ekonomi Universiti Oxford yang menjelaskan bidang ekonomi dan penggunaannya terhadap cabaran masyarakat utama untuk meningkatkan pemahaman dan dialog awam.

https://www.ebc.com/

Maklumat Hubungan Media:
Chyna Elvina
Pengurus Perhubungan Awam Global (APAC, LATAM)
chyna.elvina@ebc.com

Savitha Ravindran
Pengurus Perhubungan Awam Global (APAC, LATAM)
savitha.ravindran@ebc.com

Douglas Chew
Ketua Perhubungan Awam Global
douglas.chew@ebc.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/54d1f25c-3548-44f0-8ca1-9e4efa4190f3/ms 


Kepimpinan Global EBC Financial Group dalam Kecairan dan Akses Pasaran

Kehadiran global EBC Financial Group menjadikan syarikat ini sebagai peneraju dalam peningkatan kecairan dan akses pasaran, menawarkan pelabur penyelesaian perdagangan yang kos rendah dan berkesan.
Powered by EIN News

Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry, Media, Advertising & PR ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release